CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 30, 2015

TAKDIR - NASIB KITA -

Setiap manusia mempunyai perjalanan hidupnya sendiri serta takdir Ilahi di mana ia tidak kelihatan dan di ketahui apakah nasib yang akan di hadapi namun masing masing mempunyai pilihan tersendiri untuk menghadapinya. Gerak hati tanpa keimanan membawa ke lembah kemusnahan manakala penggunaan akal berserta keimanan akan membawa ke arah kebahgiaan walaupun adakalanya terpaksa meredah duri duri jalanan yang penuh keperitan dan kesukaran. Pilihan kita tak selalunya betul namun ia tetap berada di tangan kita untuk menentukan kiri atau kanan untuk di genggam dan di lepaskan..




Nasib Kita - wings ft mael -

Datang dan pergi gegala menanti
Menentukan arah meragut kerinduan
Hanyalah satu lagi sedang bersembunyi
Kenyataan yang tidak dapat dilihat
Ia tidak akan dapat kau lihat


Warnanya serupa
Namun ianya tidak sekata
Sememang banyak bezanya
Itu yang diperlukan
Mengheret ke dasar lautan
Api atau pun syurga

Di kala tidur yang semakin tak lena
Memisahkan semangat kita yang membara
Bermimpikan indah bila di capai ia tiada
Betapalah sukar menentukannya

Melihat hitam belum tahu di mana lubuknya
Siang dan malam bezanya
Sekali pandang mana tahu di sana ada bencana
Banyak lagi kisahnya
Berikan jalan menuju pulau harapan
Berikan jalan menuju pulau harapan

Saturday, November 15, 2014

kacik minda


hari ini 15/11/2014 pada jam 19:50 aku kembali menaip setelah sekian lama tidak menaip di blog ini. aku ingin mencatatkan kisah hidup ku sebagai seorang 'LOSER' dalam menempuhi liku liku hidup sebagai seorang sahabat, bapa, suami, dan juga anak. walaupun aku bukanlah seorang journalis mahupun penulis tapi aku cuba untuk meluahkan apa yang ada pada fikiran ku ketika ini untuk di jadikan peringatan pengajaran dan juga pengalaman ku di akan datang. pada ketika ini aku terlalu banyak mengharungi kehidupan yang penuh kepalsuan dan penipuan serta keasyikan sehingga menimbulkan banyak ketidak puas hatian pada orang di sekeliling ku. di waktu kesenanganku banyak di habiskan kepada mereka mereka yang bergelar lintah di mana sudah kenyang menghisap darah lalu pergi meninggalkan betis, manakala sahabat2 yang berada dalam kesusahan yang krtikal terus dilupakan dalam keadaan yang penuh sengsara. kini aku merasa terlalu banyak kesilapan telah berlaku dalam landasan kehidupan ku dan sering kali berlaku walaupun dalam keadaan sedar akan kesudahan nya. banyak pengajaran yang telah aku dapat sebelum ini, namun aku masih juga hanyut dan lalai ketika berada di puncak keseronokkan. sesungguh nya aku kini sememangnya seorang yang LOSER dalam kehidupan ku sendiri kerana aku begitu rindukan ibu bapa ku tapi aku tidak menjeguk mereka, aku sayangkan anak dan isteri tapi aku tidak dapat memberi mereka kebahagian dan kesenangan dalam hidup mereka, aku selalu teringatkan sahabat sahabat ku yang yang kini sedang sengsara dalam hidup mereka tapi aku tidak dapat memberi pertolongan terhadap mereka..aku bukan nya lupa tapi aku tidak mampu untuk membuat itu semua kerana aku tidak ada kekuatan untuk berdepan dengan cabaran hidup ku ini yang sering kali di cantas oleh manusia bertopeng dan juga ular sawa. hari ini aku berjanji kepada diri sendiri buat kali terakhir untuk kembali berdiri walaupun terpaksa merentasi duri2 halus yang berbisa demi menjadi seorang sahabat, anak, suami dan juga seorang bapa. biarpun ramai yang memandang aku dengan mengatakan aku ini bodoh kerana mudah di permainkan tetapi mereka tidak pernah tahu bahawa bahayanya orang yang bodoh berakal lebih mendalam dari orang yang cerdik memandai2. di sini saja coretan minda ku ketika ini untuk tatapan ku sendiri di lain hari.

'BIAR BODOH BERAKAL DARI CERDIK MEMANDAI'

Tuesday, February 28, 2012

Blog Update!

Setelah sekian lama dengan layout yang same kini aku telah mengubah wajah blog aku kepada wajah yang baru dan simple dan rasanya tidak memeningkan kepala. Lama tidak melayan html code membuatkan aku rasa macam celaka untuk mengedit code yang sedia ada. Dan akhirnya aku mengambil keputusan buat yang simple2 jer lah walaupun kelihatan macam orang ketandusan idea. Sekian terima kasih..tiada apa yang menarik pun, sekadar nak buat entry jer..ngeh ngeh ngeh..

Saturday, February 18, 2012

Musim Perit Tahun Ni untuk Arsenal..


Ape nak jadi dengan pasukan kegemaran aku ni..nak harapkan kejuaraan untuk musim ni memang terang2 dah sekadar dalam mimpi yang x akan bertukar ke realiti..dari liga, carling cup, fa dan seterusnya uefa akan tamat begitu saja..mohon arsene wenger lebih kreatif dalam pencarian player untuk musim akan datang dan juga mengatur corak permainan yang lebih tajam dibahagian tengah dan juga serangan, bahagian pertahanan yang semakin longgar memudahkan pihak lawan melepasi dengan mudah...musim ni mungkin aku hanya mampu melihat arsenal terus kalah, kalah, kalah, dan kalah..menang sekali kalah 5 kali..sangat 'MENARIK'. ape2 hal pun aku tetap menyokong pasukan arsenal biarpun mnejadi mangsa belasahan..COYG!


COME ON YOU GUNNERS!

Monday, September 26, 2011

Cepatlah sembuh sayangku..



Aku mendoakan Saira sisissary a.k.a biey cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa kerana aku sangat rindukan gelak tawa nya serta gurau senda nya. Dia adalah orang yang aku cintai dan juga buah hati ku yang satu. Ku berdoa kepada Tuhan yang maha kuasa untuk mengembalikan beliau seperti sediakala. walaupun hati nya keras dia adalah orang yang penyayang dan juga bisa membuatku hatiku terjatuh dari ketinggian egoku. Hanya dia saja dihatiku kini dan selamanya. Walau apepun dugaan yang ada dan akan datang pada kami akan aku harungi dan berdepan dengan apa cara sekalipun. Semoga cepat sembuh wahai cinta hatiku!


My Love - La Beba


Sunday, February 20, 2011

Fuhhh...

Setiap hari hidup aku dalam suasana yang membosankan..Setiap hari hidup aku hanya memikirkan masa depan..Setiap hari hidup aku rindukan kan orang..Setiap hari hidup aku penuh dengan dendam..Setiap langkah perjalanan meninggalkan kesan yang mendalam baik dari segi keburukkan mahupun kebaikkan..Perjalanan hidup ini terlalu jauh, masih banyak laluan yang mesti dilalui dengan hati yang tenang dan semangat yang kuat untuk merempuhi rintangan yang bakal menimpa di dalam pengembaraan yang belum diketahui titik penghujungnya..Dunia sering berputar, manusia sering berubah, dan umur juga makin meningkat..

Sunday, January 23, 2011

Oi! Back!

Oi! hahaha...lama betul aku x jamming ngan The Strider..asyik sibuk ngan Nightwalker jer. Raya cina ni kami akan kembali bersatu untuk jamming bersama..harap dapat lah kemas balik apa yang patut sebab dah lama kitorang x main lagu2 punk ni. Seperti biasa untuk kembalikan semula semangat oi dalam diri kami ini kami akan memainkan lagu cover dari band Cock Sparrer, Sham 69, Cockney Reject dan juga lagu dari The Strider sendiri iatu strength thru together dan we are oi!. Banyak yang dah aku lupa lagu2 yang biasa kami mainkan tapi akan ku cuba untuk perkemaskannya balik. Semangat aku untuk The Strider tidak pernah pudar biarpun aku banyak menghabiskan masa dengan Nightwalker kerana The Strider adalah band keluarga aku. Wawa! Harry! Amy! wake up! its oi time!