CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, January 23, 2011

Oi! Back!

Oi! hahaha...lama betul aku x jamming ngan The Strider..asyik sibuk ngan Nightwalker jer. Raya cina ni kami akan kembali bersatu untuk jamming bersama..harap dapat lah kemas balik apa yang patut sebab dah lama kitorang x main lagu2 punk ni. Seperti biasa untuk kembalikan semula semangat oi dalam diri kami ini kami akan memainkan lagu cover dari band Cock Sparrer, Sham 69, Cockney Reject dan juga lagu dari The Strider sendiri iatu strength thru together dan we are oi!. Banyak yang dah aku lupa lagu2 yang biasa kami mainkan tapi akan ku cuba untuk perkemaskannya balik. Semangat aku untuk The Strider tidak pernah pudar biarpun aku banyak menghabiskan masa dengan Nightwalker kerana The Strider adalah band keluarga aku. Wawa! Harry! Amy! wake up! its oi time!

Monday, January 10, 2011

Batas Baru Barbarians Burger


Dulu kalau waktu malam mesti ke pantai Batu Buruk untuk lepak..suasana pun kecoh jer pasal semua geng lepak kat situ..tapi kini sudah sunyi kerana masing2 dah ade port sendiri untuk lepak. Untuk mengisi balik masa yang kosong itu aku ambil keputusan untuk menolong member sekampung ku menjual burger..hahahaha...dari buang masa dan duit lebih baik aku tolong orang meniaga, dapat lah juga duit untuk buat belanja walaupun x banyak mana..lagipun suasana di gerai burger tu sentiasa la ceria pasal semua geng Batas Baru Barbarians akan berkumpul di situ pada waktu malam. Yang berbaju merah tu la tauke ataupun nama nye noa. Dia meniaga burger tu pun sekadar suka2 jer sambil cari duit lebih skit untuk tampung perbelanjaan hariannye. Kalu lalu depan Flat Batas Baru tu singgah2 la yer kat gerai tu..jangan singgah kosong jer kalu bleh beli lah sebiji dua..hahahaha...

Friday, January 7, 2011

Gig Protege Chapter II

Sampai waktunya untuk NIGHTWALKER membuat persembahan di Motel Desa buat kali ke-2 pada hari ini iatu 8 jan 2011 dan persembahan ini adalah yang pertama untuk tahun 2011 dan juga pertama kalinya tanpa line up asal dimana Harry selaku 2nd guitar tidak dapat bersama disebabkan praktikal di Kulim Kedah, dan manakal Liah selaku bassist menyertai Karnival Vespa di Kuala Lumpur. Tempat Harry telah digantikan oleh Kery dari 66 Sick Chick/Lucifer In Love dan tempat Liah telah digantikan oleh saudara Rimi dari Dysgusted. Terima kasih kepada dua orang sessionist ini kerana sudi menbantu NIGHTWALKER untuk beraksi pada gig ini. Kami akan cuba melakukan yang terbaik untuk memperjuangkan muzik Rock Metal di Terengganu yang semakin tengelam. Terima kasih juga kepada pihak organizer dari Protege Image kerana sudi memberikan peluang untuk kami menbangkitkan semangat muzik Rock lama ini. Tidak lupa juga kepada kawan2 yang sentiasa menyokong kami dan sentiasa memberikan semangat setiap kali kami membuat persembahan dimana2. Hail to all! \m/