hari ini 15/11/2014 pada jam 19:50 aku kembali menaip setelah sekian lama tidak menaip di blog ini. aku ingin mencatatkan kisah hidup ku sebagai seorang 'LOSER' dalam menempuhi liku liku hidup sebagai seorang sahabat, bapa, suami, dan juga anak. walaupun aku bukanlah seorang journalis mahupun penulis tapi aku cuba untuk meluahkan apa yang ada pada fikiran ku ketika ini untuk di jadikan peringatan pengajaran dan juga pengalaman ku di akan datang. pada ketika ini aku terlalu banyak mengharungi kehidupan yang penuh kepalsuan dan penipuan serta keasyikan sehingga menimbulkan banyak ketidak puas hatian pada orang di sekeliling ku. di waktu kesenanganku banyak di habiskan kepada mereka mereka yang bergelar lintah di mana sudah kenyang menghisap darah lalu pergi meninggalkan betis, manakala sahabat2 yang berada dalam kesusahan yang krtikal terus dilupakan dalam keadaan yang penuh sengsara. kini aku merasa terlalu banyak kesilapan telah berlaku dalam landasan kehidupan ku dan sering kali berlaku walaupun dalam keadaan sedar akan kesudahan nya. banyak pengajaran yang telah aku dapat sebelum ini, namun aku masih juga hanyut dan lalai ketika berada di puncak keseronokkan. sesungguh nya aku kini sememangnya seorang yang LOSER dalam kehidupan ku sendiri kerana aku begitu rindukan ibu bapa ku tapi aku tidak menjeguk mereka, aku sayangkan anak dan isteri tapi aku tidak dapat memberi mereka kebahagian dan kesenangan dalam hidup mereka, aku selalu teringatkan sahabat sahabat ku yang yang kini sedang sengsara dalam hidup mereka tapi aku tidak dapat memberi pertolongan terhadap mereka..aku bukan nya lupa tapi aku tidak mampu untuk membuat itu semua kerana aku tidak ada kekuatan untuk berdepan dengan cabaran hidup ku ini yang sering kali di cantas oleh manusia bertopeng dan juga ular sawa. hari ini aku berjanji kepada diri sendiri buat kali terakhir untuk kembali berdiri walaupun terpaksa merentasi duri2 halus yang berbisa demi menjadi seorang sahabat, anak, suami dan juga seorang bapa. biarpun ramai yang memandang aku dengan mengatakan aku ini bodoh kerana mudah di permainkan tetapi mereka tidak pernah tahu bahawa bahayanya orang yang bodoh berakal lebih mendalam dari orang yang cerdik memandai2. di sini saja coretan minda ku ketika ini untuk tatapan ku sendiri di lain hari.
'BIAR BODOH BERAKAL DARI CERDIK MEMANDAI'
Saturday, November 15, 2014
kacik minda
Posted by MaGGoT at 4:16 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment