Kehidupan kita ini sentiasa berubah setiap detik dan masa..ianya tidak ubah seperti roda yang sering berputar. Yang di bawah akan naik ke atas dan yang di atas pula akan turun ke bawah begitu juga yang di kiri akan ke kanan dan yang di kanan akan ke kiri. Bagi orang yang mengalami kejatuhan dalam hidup nya akan dapat bangkit kembali jika ia ada keyakinan, usaha, dan semangat juang dalam hidup nya, dan yang tidak mempunyai sifat itu akan terus tersungkur sampai bila2. Hidup ini perlu lah dipenuhi keyakinan kerana keyakinan itu lah yang akan membuat kan kita mempunyai semangat untuk terus berjuang dalam menjalani kehidupan kita sepanjang masa. Pendirian dan prinsip hidup adalah tulang belakang kepada setiap individu yang mempunyai impian dalam hidupnya. Jika hidup kita ini terlalu banyak berharap boleh mejerumuskan kita ke arah kehidupan yang penuh dengan kesengsaraan dan juga kekecewaan kerana harapan yang kita sandarkan itu tidak banyak menolong kita untuk mencapai kemahuan kita jika ianya tidak di tambah dengan usaha dari kita sendiri. Kehidupan manusia semestinya akan ditemani oleh sahabat yang setia iatu masalah, kerana manusia yang tidak mempunyai masalah dalam hidup nya adalah manusia yang tidak ada langsung cabaran dalam menjalani kehidupan harian nya. Masalah akan mengajar kita mengunakan akal untuk berfikir dan juga mengajar kita bersabar dan tabah dalam menyelesaikan sesuatu yang terjadi dalam hidup kita ini. Dan Tiang hidup kita ini adalah agama. Jika kita hidup berpandukan agama nescaya hidup kita ini akan sentiasa di berkati dan perjalanan hidup kita sentiasa diterangi cahaya yang bisa menyuluh kegelapan.
Tuesday, November 30, 2010
Hidup Kita
Posted by MaGGoT at 2:48 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment