
Segala usaha yang telah kami semua lakukan berakhir dengan kegagalan dan kedukaan setelah mengalami masalah untuk permohonan permit. Timbul juga sedikit perasaan serba salah disebabkan telah banyak menyusahkan banyak pihak band yang telah memohon cuti pada tarikh tersebut. Seribu kemaafan dari pihak shadow moon buat semua band2 yang terlibat ekoran kejadian yang tidak dapat kami jangkakan ini. Kegagalan Gig ini tidak mungkin akan dapat mematahkan semangat kami untuk terus berjuang dalam membuat event2 muzik ini, dan dari kegagalan ini juga telah memberikan kami sedikit pengajaran dan pengertian dalam menguruskan event2 seperti gig ini. Sebelum tarikh dan tempat diubah kami juga telah di sabotaj oleh pihak2 yang pemikiran nya masih kolot dan hanya pandai menghukum tanpa usul periksa. Kerana politik kami anak2 muda yang tidak berdosa dijadikan mangsa dalam membangkitkan isu2 yang tidak masuk akal untuk dijadikan perang isu mereka, tetapi kami masih lagi teruskan apa yang kami jalankan sehingga lah kerja2 permohonan permit hiburan tidak dapat di pohon akibat masa yang begitu singkat. Terima kasih kepada supporting label seperti TTMH, T.U.G, Lain Community, dan juga Karisma kerana telah sedikit sebanyak menbantu kami dalam event ini, dan kemaafan juga dipohon di atas kesulitan yang telah berlaku pada event ini. Insya`Allah kalau ada masa yang mengizinkan kami akan cuba buat kembali event ini sebaik yang mungkin buat pemuzik bebas di Terengganu.
Friday, November 12, 2010
Noise Pollution
Posted by MaGGoT at 12:42 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment